Banner Here!
|
Wanita Paling Ramai Di Laman Sosial 0 PENGKOMEN TERHEBAT
BETOL KEW ?! alah korang nieyy buad2 tanya pulak apa yang betol kew ?? tuu lahh TITLE aku tuuu ... Wanita Paling Ramai Di Laman Sosialhmmmmm , mcm tak caya jew sebab korang tengok ehhh ,lelaki kalau buad FESBUK ! TAK NAK 1 kadang-kadang lebih dari 3 *AKU MENGATA PAKWE AKU !* TAPI lepas aku baca 1 ektikel nieyyy bwu aku PERCAYA . so , PERCAYA LAH PADAKU wahai WANITA- WANITA semua WHAT ?! tak caya agy ?! JOM BACA nieyy .... Seiring kemajuan dunia teknologi dan kemunculan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ dan sebagainya, peningkatan pengguna daripada kaum wanita di laman sosial kini bertambah.
Di petik dari laman www.Nielsen.com baru-baru ini tentang penggunaan laman sosial di Amerika Syarikat menunjukkan, kaum wanita didapati lebih banyak mengakses laman sosial berbanding lelaki.
Jumlah paparan laman yang telah dibuka oleh pengunjung Facebook ternyata didominasi oleh kaum wanita dengan jumlah 62 peratus, dan jika dilihat berdasarkan umur pula yang paling aktif adalah yang berusia 18 tahun hingga 34 tahun.
Facebook dilihat menjadi rutin yang wajib dikunjungi berbanding laman sosial yang lain, dari jumlah tersebut, 57 peratus daripada mereka menonton video di Facebook.
Selain daripada itu blog dan laman web hiburan yang lain juga menjadi tempat kunjungan para pengguna internet, sebanyak 22.5 peratus pengguna internet AS mengunjungi laman-laman game online ( 9.8 peratus), email (7.6 peratus), Portal/website/blog (4.5 peratus), video/filem (4.4 peratus), laman pencarian (4 peratus) dan chatting/instant messaging sebanyak 3.3 peratus.
Jika kaum wanita lebih banyak menghabiskan masa di laman sosial dan blog, lain pula halnya dengan lelaki yang lebih suka mengunjungi LinkedIn dan Wikia.
Menurut kajian yang dilakukan NM Incite, sebuah anak syarikat Nielsen.Mckinsey Company, hampir 2 daripada 5 pengguna laman sosial mengakses laman tersebut dari telefon bimbit mereka berbanding alat komunikasi yang lain seperti iPad, komputer riba, komputer peribadi dan sebagianya.
Nielsen juga melaporkan, bahawa Internet lebih digunakan untuk mendapatkan hiburan dan bersosial daripada mendapatkan berita.
ha ! dah percaya ? haha
renung - renung kan , jangan smpy termenung |